Apakah itu inkontinen?

Inkontinen 101

Inkontinen ialah ketidakmampuan mengawal pengeluaran air kencing (atau najis). Ia tidak mengancam nyawa tetapi mampu menjejaskan kehidupan seseorang penderita.

Apakah itu inkontinen?

Adakah ia sejenis penyakit?

Tidak. Inkontinen adalah sejenis keadaan perubatan yang sering dikaitkan dengan kehamilan, bersalin atau pelbagai keadaan kronik seperti kencing manis, arthritis, dementia dan strok.

Bukankah ia sebahagian proses penuaan?

Tidak. Inkontinen bukan terjadi akibat penuaan. Perubahan yang berlaku akibat penuaan (contohnya, menopaus bagi wanita dan pembesaran prostat bagi lelaki) mungkin faktor penyumbang tetapi ini tidak bermakna anda patut berputus asa.

Bolehkah ia diubati?

Dalam kebanyakan kes, ia boleh diubati. Jika punca inkontinen berjaya dikenal pasti dan dirawat awal, selalunya inkontinen mampu dihentikan.

Di mana saya boleh mendapatkan bantuan?

Anda boleh dapat bantuan dari perkhidmatan Pentadbir Penjaga dari Managedcare. Sila hubungi 03-2142 7166 sekarang untuk mendapat nasihat dan khidmat jagaan optima.

WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann