Tag Archives: quality care

Tingkat Kualiti Penjagaan Warga Emas

Harian Metro, 19 April 2017

Kuala Lumpur: Universiti Malaya (UM) dan Aged Care Group (ACG) menjalinkan kerjasama bagi membangunkan Continuum Care dalam usaha memastikan penjagaan warga emas di Malaysia diurus dengan lebih baik, berterusan dan menyeluruh.

Inisiatif penting membabitkan sektor awam dan swasta itu bagi menangani cabaran dihadapi warga emas seperti kekurangan pusat penjagaan dan kemudahan mencukupi untuk mereka, modal insan yang terhad termasuk kekurangan pakar perubatan dan pusat pakar perkhidmatan.

Menurut Naib Canselor UM Prof Tan Sri Dr Mohd Amin Jalaludin, pada masa ini Malaysia menghadapi keperluan akut untuk kualiti dan perkhidmatan penjagaan orang tua yang berpatutan.

Menurutnya, melihat kepada demografi semasa, Malaysia sedang bergerak ke arah sebuah negara penuaan pada 2030 di mana rakyat berusia 60 tahun dan lebih tua akan menjadi sehingga 15 peratus daripada jumlah penduduk.

“Tujuan kerjasama ini adalah untuk menangani beberapa cabaran dihadapi landskap penuaan iaitu kekurangan infrastruktur yang lebih mesra warga tua, bekalan terhad modal insan dan perkhidmatan penjagaan khusus yang tidak mencukupi,” katanya ketika berucap pada majlis perjanjian persefahaman (MoU) itu di sini, semalam.

WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann